IKLAN

Monday 27 February 2017

Tempat Makan Popular di Tanjung Malim


Pau Yik Mun

‘Restoran Pau Yik Mun' telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan 
ia merupakan kedai pau yang sangat terkenal di Tanjong Malim. Menyediakan pau yang lembut, roti bakar, mee hainan dan ‘chicken Chop' nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata Malaysia.


Nasi Lemak Hj Din

Gerai yang terletak di medan selera Tanjong Malim.Gerai ini sememangnya sinonim dengan nasi lemak asli orang melayu. Nasi lemaknya yang mempunyai sambal yang unik dan tidak terlalu pedas menarik minat bukan sahaja orang melayu, tetapi kaum-kaum lain.



Aman Gado-Gado

Terletak di kawasan medan selera MDTM berhadapan dengan balai polis memudahkan pengguna pergi ke restoran ‘Aman Gado-Gado' ketika berada di Tanjong Malim.  Menu tarikan utama di kedai ini adalah gado-gado dan air jagungnya yang lemak berkrim.




Easy Cafe Restoran, menyediakan hidangan makanan barat. Tempat makan yang berhawa dingin dan suasananya yang tenang serta hiasan dalaman yang ala-barat merupakan antara daya penarik restoran ini. Perkhidmatan WIFI secara percuma juga disediakan khas untuk pelanggan-pelanggannya.




Garden Seafood Restoran merupakan sebuah restoran yang sering menjadi tumpuan ramai kerana menyediakan hidangan masakan laut yang sangat lazat. Lokasinya amat strategik sekali dan ruang makan yang disediakan juga amat bersih dan mempunyai dekorasi yang amat cantik.



Beriani Gam Prima

Terletak di Tanjong Malim. Lokasinya ialah melalui jalan lama menuju ke Tanjong Malim dari arah utara ataupun melalui lebuhraya anda keluar di tol Behrang. Lebih kurang 2 kilometer sebelum tiba ke pekan Tanjong Malim anda akan melihat deretan bangunan kedai-kedai di sebelah kiri jalan antara salah satunya ialah pasaraya Billion.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...