IKLAN

Friday 18 January 2013

Homestay di Slim River



Selesa Homestay di Slim River, Perak, Malaysia
Selesa Homestay terletak di Kampung Balun, Slim River, Perak. Homestay ini baru sahaja beroperasi pada bulan November 2012

  Selain itu, Selesa Homestay ini berdekatan dengan beberapa lokasi tumpuan antaranya Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), PROTON City, Bandar Behrang 2020Sek. Men. Keb. Agama Slim River (SMKASR), KFC Slim River, Kawasan Rekreasi Tasik YDP, Pasaraya TF Value Mart, Hot Spring Sungai Klah, Kawasan Perkelahan Air Terjun Sungai Bil dan banyak lagi tempat menarik. 

      Selesa Homestay dikelilingi dengan alam semulajadi yang dapat memberi ketenteraman buat  pengujungnya dan dibina di atas tapak yang berkeluasan 4000 sq. feet, mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak, ruang tamu dan ruang makan. 

      Selesa Homestay juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain bagi menjamin keselesaan pengunjung seperti siaran televisyen ASTRO, penyaman udara, dapur memasak, peti ais, mesin basuh, meja makan, pemanas air, tempat letak kendaraan yang LUAS, ampaian dan banyak lagi. Kemudahan yang disediakan ini adalah selaras dengan motto Selesa Homestay iaitu : "Selesa, Luas dan Berbaloi".







16 comments :

  1. Kini Dibuka untuk Semua Pengunjung!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa harga untuk satu malam? ada yang 4 bilik?

      Delete
    2. Semalam Rm 200 tetapi harga masih boleh dirunding jika anda berminat. Kami menyediakan 3 bilik tidur...

      Delete
  2. harap kawasan rumah tersebut ditar dengan sempurna supaya bertambah sesuai dengan moto selesa. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak kami sentiasa cuba untuk menaik taraf kemudahan sedia ada dari masa ke semasa bagi memastikan keselesaan pengunjung. Komen anda amat kami hargai dan kami akan berusaha memperbaikinya. Terima Kasih:-)

      Delete
  3. Homestay ni memang paling cantik kat area slim..sye dh dua kali sewa tempat nie harga pun murah..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sokongan anda..pihak kami akan berusaha mengekalkan prestasi perkhidmatan bagi masa ke semasa.

    ReplyDelete
  5. Cam best jer...brape smalam yer?

    ReplyDelete
  6. berapa jauh dari felda gunung besout?

    ReplyDelete
  7. felda besout 4 kilometer dari selesa homestay..

    ReplyDelete
  8. Kalau nak stay 2 malam boleh kurg harga?

    ReplyDelete
  9. Untuk penginapan lebih sehari harga boleh dikurangkan lagi bagi keselesaan pengunjung. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  10. Homestay yamg cantik, parking yang luas, aman dan berdekatan dekan pekan slim river mudah nak makan atau beli barang..recommended

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih tuan kerana sudi menginap di selesa homestay slim river

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...