IKLAN

Sunday 24 August 2014

Tempat-tempat Bersejarah di Negeri Perak



Bangunan Suluh Budiman
Bangunan Suluh Budiman adalah sebuah bangunan yang terdapat di dalam Kampus Universiti Sultan Idris (UPSI).Bangunan ini merupakan bangunan yang tertua di Tanjong Malim dan ia merupakan lambang dan kebanggaan bagi UPSI.
Bangunan Suluh Budiman telah didirikan ketika UPSI yang dahulunya dikenali sebagai Sultan Idris Training Centre (SITC) ditubuhkan.Kini bangunan ini telah dibaik pulih dan diselengara dengan sebaiknya oleh pihak UPSI.
 
Kampung Kubu
 

Kampung Kubu merupakan perkampungan asal dan yang tertua di Tanjong Malim.
 
Kawasan Perang Dunia Ke-2 Slim Village
 
 
Papan tanda yang menyatakan dan menunjukkan " Kawasan Sejarah Perang Dunia Ke-2" yang terdapat di Slim Village. Di kawasan ini pada 7 Januari 1942, tentera Jepun telah mengalahkan tentera British (Division ke-11 tentera India dan Brigade Ke-12 & 28) dengan kehilangan nyawa tentera dan kelengkapan yang banyak".
 
Jambatan Sg. Slim
 
 
Jambatan Sg. Slim yang cuba di bom oleh tentera British bagi menghalang kemasukan tentera Jepun tetapi tidak roboh. Kesan peluru dan bom masih boleh dilihat pada jambatan ini.
 
Rumah Za'ba
 
 
Rumah Za'Ba juga merupakan sebuah bangunan bersejarah atau rumah lama yang terdapat didalam Kampus Sultan Abdul Jalil Shah , UPSI. Rumah ini yang dahulunya dihuni oleh salah seorang daripada mereka yang membawa kemerdekaan kepada Negara Malaysia iaitu Pendita Za'Ba. Rumah Za'Ba ini juga telah mengalami sedikit pengubahsuaian dan penambahbaikan kerana keadaan asalnya yang telah rosak dan usang.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...