IKLAN

Wednesday 27 July 2016

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Slim River 2016

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2016 yang diadakan di Slim River kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis jemputan penyayi rock nombor satu Malaysia iaitu Amy Search.

Kehadiran Amy Search telah menarik ratusan jemputan untuk hadir bersama-sama dengan perwakilan pemuda UMNO bahagian Tanjung Malim.






Majlis Rumah Terbuka ini turut 
 menyajikan hidangan seperti lemang, rendang, laksa dan tidak lupa juga raja segala buah yang menjadi kegemaran penduduk sekitar Slim River iaitu buah durian. 


Selain itu juga Majlis turut dihadiri oleh dif-dif kehormat belbagai bangsa yang menunjukkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.


Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran pelawak dari kumpulan cupak iaitu Ropie, vokalis Kumpulan rock 80an samudera dan vokalis Kumpulan Sejati yang merupakan artis kelahiran Daerah Slim River.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...