IKLAN

Thursday 29 January 2015

Trolak Country Resort

 

TROLAK COUNTRY RESORT

 
 

Trolak Country ResortTrolak Country Resort
Lokasi penginapan utama di Sungkai adalah Trolak Country Resort. Lokasi ini terletak berhampiran Kampung Sungai Klah Baru . Jarak destinasi ini dari pekan Sungkai adalah 6 kilometer manakala 13 kilometer adalah dari Plaza Tol Slim River Lebuhraya Plus. Di sini terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti Suria Restoran yang menyediakan makanan ala kampung yang dibuka pada pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam. Selain itu, terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti kemudahan untuk beriadah. Contohnya seperti gelanggang badminton, padang bola sepak, tennis, bola tampar dan takraw. Trolak Country Resort juga menyediakan bangunan mesyuarat dan motivasi yang dilengkapi dengan peralatan yang moden dan canggih. Bagi kaki-kaki pancing yang inginkan kepuasan , Trolak Country Resort turut menyediakan kawasan memancing yang terletak di tengah-tengah lokasi tersebut. Aktiviti memetik buah bagi pengunjung yang gemarkan buah-buahan tempatan turut disediakan di lokasi ini. Para pengunjung turut didedahkan dengan aktiviti sukan lasak seperti jungle tracking, flying fox,berkayak dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga ,para pengunjung boleh mendapatkan hiburan yang turut disediakan seperti berkaraoke. Di sini juga terdapat pakej bagi pasangan pengantin yang ingin berbulan madu dengan harga yang berpatutan.
Hubungi:Trolak Country Resort
  35600 Sungkai, Perak, Malaysia
  Tel: (6)05-4388687
  Fax: (6)05-438 8868/438 9377
  Email: resorts.prsb@felda.net.my
   
  Kuala Lumpur Sales Office
  Plantation Resorts Sdn Bhd (514497-X)
  Ground Floor, Wisma Felda, Jalan Gurney 1,
  54000 Kuala Lumpur
  Tel: (6)03-2697 9772
  Fax: (6)03-26935104
  Email : resorts.prsb@felda.net.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...