IKLAN

Monday 23 February 2015

Maktab Rendah Sains Mara MRSM Felda

PENGENALAN DAN SEJARAH MRSM FELDA
  • image1
Maktab Rendah Sains MARA FELDA merupakan maktab yang ke 37 ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) atas cetusan minda Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razakjusteru terlalu mengagumi prestasi MRSM dalam peperiksaan SPM dan PMR. Ekoran itu termeterailah satu perjanjian yang di beri nama Perjanjian Kerjasama Antara MARA Dan FELDA pada tanggal 30 Mac 2007. MRSM FELDA ini merupakan MRSM yang kelima dibina di Negeri Perak.
Terletak di Mukim Trolak Sungkai iaitu di daerah Batang Padang, MRSM FELDA yang menumpang di Kolej Komuniti di Feldajaya Utara Sungkai, Perak mula beroperasi secara rasminya pada 01 Disember 2007. Maktab ini diterajui oleh Pengetua Perintisnya, En. Saleh bin Osman dengan dibantu oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik dan Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar serta 19 orang tenaga pengajar dan 16 orang kakitangan yang komited. Kini MRSM FELDA mengalami sedikit perubahan dalam pengurusan apabila jawatan Timbalan Pengetua KoKurikulum telah diwujudkan. MRSM FELDA telah menerima kumpulan pelajar perintisnya seramai 210 orang yang merupakan pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tanggal 18 Februari 2008.
Bangunan baru yang dibangunkan di atas tapak seluas 86.06 ekar di Feldajaya Utara telah mula beroperasi sepenuhnya pada 04 Januari 2010. Pelajar Tingkatan 1 yang ditumpangkan di beberapa MRSM telah dipanggil kembali untuk meneruskan pelajarannya di MRSM FELDA ini. Bangunan MRSM FELDA yang indah tersegam ini akhirnya telah dirasmikan dan ditambahserikan namanya sebagai MRSM FELDA Kampus Tun Abdul Razak pada 07 Julai 2010 sempena Sambutan Hari Peneroka Kebangsaaan oleh Y.A.B Dato' Seri Najib bin Tun abdul Razak.
Kumpulan pelajar ini dengan penuh semangat mengharungi jerih perit untuk menjayakan agenda pendidikan MARA dan FELDA sebagai usaha untuk memartabatkan bangsa melayu menerusi pendidikan agar lebih perkasa dalam mendepani proses globalisasi. MRSM FELDA akan bergerak maju dengan slogan maktab “Transformasi Menuju Kejuaraan” 
61
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...