IKLAN

Saturday 21 March 2015

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang

PENGENALAN

ON .
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) merupakan sebuah Politeknik yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan politeknik yang ke-15 di negara ini dan didaftarkan dengan Politeknik Sultan Azlan Shah (sebelum ini dikenali dengan nama Politeknik Tanjung Malim). Di antara tujuan penubuhan PSAS ialah untuk membina upaya baharu politeknik bagi membangunkan sumber manusia negara untuk memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti.
Kini PSAS mempunyai 4 buah Jabatan iaitu:
•    Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
•    Jabatan Kejuruteraan Awam
•    Jabatan Kejuruteraan Elektrik
•    Jabatan Perdagangan

Selain itu, PSAS hanya menawarkan Kursus diploma sahaja

SEJARAH PSAS

ON .
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan nama Politeknik Tanjong Malim (PTM) adalah merupakan politeknik yang ke-15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan perbelanjaan sebanyak RM 170 juta PTM ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menghasilkan tenaga separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan awam dan swasta. PTM ditempatkan secara sementara di Sekolah Menengah Teknik Slim River.


PTM berpindah ke kampusnya sendiri di Behrang, Perak setelah memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF) pada 10 haribulan April 2003. Kampus ini dilengkapi kemudahan dan infrastruktur serta prasarana terkini menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif.

PTM dirasmikan pada 7 Mei 2005 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan ditukar nama menjadiPoliteknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

LOGO

ON .
4 bucu mewakili teras yang terkandung dalam Halatuju Transformasi Politeknik dan juga 4 komponen utama dalam TVET iaitu Technical, Vocational, Education & Training.
Arah lengkungan ke atas melambangkan peningkatan kemahiran dan tahap kebolehpasaran pelajar serta peranan politeknik sebagai peneraju TVET.
Font yang digunakan bagi POLITEKNIK adalah Dodge Font yang berkonsep futuristik melambangkan kesediaan JPP dalam memandu organisasi ke arah kemajuan teknologi global. Font MALAYSIA menggunakan font Abeatby Kai bagi memperlihatkan element kemodenan. Font SULTAN AZLAN SHAH menggunaklan Cambria Bold. Rupa huruf jenis serif yang lebih formal digunakan bagi memperlihatkan kesungguhan Politeknik dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.
Warna merah melambangkan keberanian dan kegagahan. Warna hitam pula mewakili aspek profesionalisma.

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

ON .
 MISI 

Menghasilkan graduan yang berkualiti, berilmu dan berkemahiran 
luas dalam bidang kejuruteraan mekanikal. 


VISI 

Melahirkan graduan yang kompeten, inovatif dan kreatif dalam 
bidang kejuruteraan mekanikal.

PRASARANA JKM

Bengkel Loji Dan Pengujian Bahan 
Bengkel Menggegas dan Memesin 
Bengkel Kimpalan Dan Fabrikasi Logam 
Bengkel Foundri 
Bengkel Automotif 
Makmal CAD/CAM 
Makmal Automasi 
Makmal Mekanik Mesin 
Makmal Kawalan 
Makmal Metallurgi 
Makmal Metrologi 
Dewan Kuliah 
Bilik Lukisan Kejuruteraan (2) 
Bilik Kuliah (30)

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

ON .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...