IKLAN

Friday, 11 May 2018

Monday, 27 February 2017

Tempat Makan Popular di Tanjung Malim


Pau Yik Mun

‘Restoran Pau Yik Mun' telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan 
ia merupakan kedai pau yang sangat terkenal di Tanjong Malim. Menyediakan pau yang lembut, roti bakar, mee hainan dan ‘chicken Chop' nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata Malaysia.


Nasi Lemak Hj Din

Gerai yang terletak di medan selera Tanjong Malim.Gerai ini sememangnya sinonim dengan nasi lemak asli orang melayu. Nasi lemaknya yang mempunyai sambal yang unik dan tidak terlalu pedas menarik minat bukan sahaja orang melayu, tetapi kaum-kaum lain.



Aman Gado-Gado

Terletak di kawasan medan selera MDTM berhadapan dengan balai polis memudahkan pengguna pergi ke restoran ‘Aman Gado-Gado' ketika berada di Tanjong Malim.  Menu tarikan utama di kedai ini adalah gado-gado dan air jagungnya yang lemak berkrim.




Easy Cafe Restoran, menyediakan hidangan makanan barat. Tempat makan yang berhawa dingin dan suasananya yang tenang serta hiasan dalaman yang ala-barat merupakan antara daya penarik restoran ini. Perkhidmatan WIFI secara percuma juga disediakan khas untuk pelanggan-pelanggannya.




Garden Seafood Restoran merupakan sebuah restoran yang sering menjadi tumpuan ramai kerana menyediakan hidangan masakan laut yang sangat lazat. Lokasinya amat strategik sekali dan ruang makan yang disediakan juga amat bersih dan mempunyai dekorasi yang amat cantik.



Beriani Gam Prima

Terletak di Tanjong Malim. Lokasinya ialah melalui jalan lama menuju ke Tanjong Malim dari arah utara ataupun melalui lebuhraya anda keluar di tol Behrang. Lebih kurang 2 kilometer sebelum tiba ke pekan Tanjong Malim anda akan melihat deretan bangunan kedai-kedai di sebelah kiri jalan antara salah satunya ialah pasaraya Billion.

Thursday, 26 January 2017

Maklumat Homestay




Selesa Homestay di Slim River, Perak, Malaysia
Selesa Homestay terletak di Kampung Balun, Slim River, Perak. Homestay ini baru sahaja beroperasi pada bulan November 2012

  Selain itu, Selesa Homestay ini berdekatan dengan beberapa lokasi tumpuan antaranya Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)PROTON CityBandar Behrang 2020Sek. Men. Keb. Agama Slim River (SMKASR), KFC Slim River, Kawasan Rekreasi Tasik YDP, Pasaraya TF Value MartHot Spring Sungai KlahKawasan Perkelahan Air Terjun Sungai Bil dan banyak lagi tempat menarik. 

      Selesa Homestay dikelilingi dengan alam semulajadi yang dapat memberi ketenteraman buat  pengujungnya dan dibina di atas tapak yang berkeluasan 4000 sq. feet, mempunyai 3 bilik tidur2 bilik airdapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak, ruang tamu dan ruang makan. 

      Selesa Homestay juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain bagi menjamin keselesaan pengunjung seperti siaran televisyen ASTRO, penyaman udara, dapur memasak, peti aismesin basuh, meja makan, pemanas airtempat letak kendaraan yang LUAS, ampaian dan banyak lagi. Kemudahan yang disediakan ini adalah selaras dengan motto Selesa Homestay iaitu : "Selesa, Luas dan Berbaloi".







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...