IKLAN

Saturday, 21 March 2015

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang

PENGENALAN

ON .
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) merupakan sebuah Politeknik yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan politeknik yang ke-15 di negara ini dan didaftarkan dengan Politeknik Sultan Azlan Shah (sebelum ini dikenali dengan nama Politeknik Tanjung Malim). Di antara tujuan penubuhan PSAS ialah untuk membina upaya baharu politeknik bagi membangunkan sumber manusia negara untuk memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti.
Kini PSAS mempunyai 4 buah Jabatan iaitu:
•    Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
•    Jabatan Kejuruteraan Awam
•    Jabatan Kejuruteraan Elektrik
•    Jabatan Perdagangan

Selain itu, PSAS hanya menawarkan Kursus diploma sahaja

SEJARAH PSAS

ON .
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan nama Politeknik Tanjong Malim (PTM) adalah merupakan politeknik yang ke-15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan perbelanjaan sebanyak RM 170 juta PTM ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menghasilkan tenaga separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan awam dan swasta. PTM ditempatkan secara sementara di Sekolah Menengah Teknik Slim River.


PTM berpindah ke kampusnya sendiri di Behrang, Perak setelah memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF) pada 10 haribulan April 2003. Kampus ini dilengkapi kemudahan dan infrastruktur serta prasarana terkini menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif.

PTM dirasmikan pada 7 Mei 2005 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan ditukar nama menjadiPoliteknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

LOGO

ON .
4 bucu mewakili teras yang terkandung dalam Halatuju Transformasi Politeknik dan juga 4 komponen utama dalam TVET iaitu Technical, Vocational, Education & Training.
Arah lengkungan ke atas melambangkan peningkatan kemahiran dan tahap kebolehpasaran pelajar serta peranan politeknik sebagai peneraju TVET.
Font yang digunakan bagi POLITEKNIK adalah Dodge Font yang berkonsep futuristik melambangkan kesediaan JPP dalam memandu organisasi ke arah kemajuan teknologi global. Font MALAYSIA menggunakan font Abeatby Kai bagi memperlihatkan element kemodenan. Font SULTAN AZLAN SHAH menggunaklan Cambria Bold. Rupa huruf jenis serif yang lebih formal digunakan bagi memperlihatkan kesungguhan Politeknik dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.
Warna merah melambangkan keberanian dan kegagahan. Warna hitam pula mewakili aspek profesionalisma.

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

ON .
 MISI 

Menghasilkan graduan yang berkualiti, berilmu dan berkemahiran 
luas dalam bidang kejuruteraan mekanikal. 


VISI 

Melahirkan graduan yang kompeten, inovatif dan kreatif dalam 
bidang kejuruteraan mekanikal.

PRASARANA JKM

Bengkel Loji Dan Pengujian Bahan 
Bengkel Menggegas dan Memesin 
Bengkel Kimpalan Dan Fabrikasi Logam 
Bengkel Foundri 
Bengkel Automotif 
Makmal CAD/CAM 
Makmal Automasi 
Makmal Mekanik Mesin 
Makmal Kawalan 
Makmal Metallurgi 
Makmal Metrologi 
Dewan Kuliah 
Bilik Lukisan Kejuruteraan (2) 
Bilik Kuliah (30)

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

ON .

Monday, 23 February 2015

Maktab Rendah Sains Mara MRSM Felda

PENGENALAN DAN SEJARAH MRSM FELDA
  • image1
Maktab Rendah Sains MARA FELDA merupakan maktab yang ke 37 ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) atas cetusan minda Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razakjusteru terlalu mengagumi prestasi MRSM dalam peperiksaan SPM dan PMR. Ekoran itu termeterailah satu perjanjian yang di beri nama Perjanjian Kerjasama Antara MARA Dan FELDA pada tanggal 30 Mac 2007. MRSM FELDA ini merupakan MRSM yang kelima dibina di Negeri Perak.
Terletak di Mukim Trolak Sungkai iaitu di daerah Batang Padang, MRSM FELDA yang menumpang di Kolej Komuniti di Feldajaya Utara Sungkai, Perak mula beroperasi secara rasminya pada 01 Disember 2007. Maktab ini diterajui oleh Pengetua Perintisnya, En. Saleh bin Osman dengan dibantu oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik dan Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar serta 19 orang tenaga pengajar dan 16 orang kakitangan yang komited. Kini MRSM FELDA mengalami sedikit perubahan dalam pengurusan apabila jawatan Timbalan Pengetua KoKurikulum telah diwujudkan. MRSM FELDA telah menerima kumpulan pelajar perintisnya seramai 210 orang yang merupakan pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tanggal 18 Februari 2008.
Bangunan baru yang dibangunkan di atas tapak seluas 86.06 ekar di Feldajaya Utara telah mula beroperasi sepenuhnya pada 04 Januari 2010. Pelajar Tingkatan 1 yang ditumpangkan di beberapa MRSM telah dipanggil kembali untuk meneruskan pelajarannya di MRSM FELDA ini. Bangunan MRSM FELDA yang indah tersegam ini akhirnya telah dirasmikan dan ditambahserikan namanya sebagai MRSM FELDA Kampus Tun Abdul Razak pada 07 Julai 2010 sempena Sambutan Hari Peneroka Kebangsaaan oleh Y.A.B Dato' Seri Najib bin Tun abdul Razak.
Kumpulan pelajar ini dengan penuh semangat mengharungi jerih perit untuk menjayakan agenda pendidikan MARA dan FELDA sebagai usaha untuk memartabatkan bangsa melayu menerusi pendidikan agar lebih perkasa dalam mendepani proses globalisasi. MRSM FELDA akan bergerak maju dengan slogan maktab “Transformasi Menuju Kejuaraan” 
61

Thursday, 29 January 2015

Trolak Country Resort

 

TROLAK COUNTRY RESORT

 
 

Trolak Country ResortTrolak Country Resort
Lokasi penginapan utama di Sungkai adalah Trolak Country Resort. Lokasi ini terletak berhampiran Kampung Sungai Klah Baru . Jarak destinasi ini dari pekan Sungkai adalah 6 kilometer manakala 13 kilometer adalah dari Plaza Tol Slim River Lebuhraya Plus. Di sini terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti Suria Restoran yang menyediakan makanan ala kampung yang dibuka pada pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam. Selain itu, terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti kemudahan untuk beriadah. Contohnya seperti gelanggang badminton, padang bola sepak, tennis, bola tampar dan takraw. Trolak Country Resort juga menyediakan bangunan mesyuarat dan motivasi yang dilengkapi dengan peralatan yang moden dan canggih. Bagi kaki-kaki pancing yang inginkan kepuasan , Trolak Country Resort turut menyediakan kawasan memancing yang terletak di tengah-tengah lokasi tersebut. Aktiviti memetik buah bagi pengunjung yang gemarkan buah-buahan tempatan turut disediakan di lokasi ini. Para pengunjung turut didedahkan dengan aktiviti sukan lasak seperti jungle tracking, flying fox,berkayak dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga ,para pengunjung boleh mendapatkan hiburan yang turut disediakan seperti berkaraoke. Di sini juga terdapat pakej bagi pasangan pengantin yang ingin berbulan madu dengan harga yang berpatutan.
Hubungi:Trolak Country Resort
  35600 Sungkai, Perak, Malaysia
  Tel: (6)05-4388687
  Fax: (6)05-438 8868/438 9377
  Email: resorts.prsb@felda.net.my
   
  Kuala Lumpur Sales Office
  Plantation Resorts Sdn Bhd (514497-X)
  Ground Floor, Wisma Felda, Jalan Gurney 1,
  54000 Kuala Lumpur
  Tel: (6)03-2697 9772
  Fax: (6)03-26935104
  Email : resorts.prsb@felda.net.my

Tuesday, 30 December 2014

Perkampungan Orang Asli di Slim River dan Tapah




Perkampungan Orang Asli Perkampungan Orang Asli
Daerah Batang Padang meliputi beberapa kawasan petempatan masyarakat Orang Asli. Dalam erti kata yang sebenar, 'Orang Asli' bermaksud orang yang mula-mula menetap  dan dapat membuktikan sejarah petempatan awal di kawasan tersebut. Para pengunjung akan menemui sebilangan daripada kampung-kampung ini di sekitar kawasan air terjun Lata Iskandar dan Kuala Woh. Sumber utama pendapatan mereka adalah daripada hasil penjualan kraftangan tradisional, buah-buahan tempatan seperti durian dan pelbagai jenis hasil hutan yang lain termasuk petai.Ukiran kayu yang diukir oleh masyarakat Orang Asli boleh dijadikan cenderamata yang menarik untuk perhiasan di rumah. Untuk kemudahan para pengunjung yang berkunjung ke lokasi ini sebuah kantin, tandas awam serta bilik persalinan dan enam buah petak karavan dan tempat perkhemahan ada disediakan.Ada 6 keputusan.

Wednesday, 26 November 2014

Senarai Masjid Slim River dan Tanjong Malim



TANJONG MALIM

1. Masjid Jamek Tanjong Malim
    35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan


2. Masjid Kampung Kelawar
    
Kampung Kelawar, 35900 Tanjong Malim, Perak


3. Masjid Sultan Azlan Shah
    
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Tanjong Malim, Perak


4. Masjid At-Taqwa Proton City
    
Proton City, 35900 Tanjong Malim, Perak


BEHRANG
1. Masjid Behrang Ulu
    35910 Tanjong Malim, Perak


2. Masjid Kampung Sungai Dara
    Behrang Stesyen, 35950 Behrang, Perak


3. Masjid Raja Muda Musa II
    Behrang Stesyen, 35950 Behrang, Perak


4. Masjid Felda Sungai Behrang
    35820 Slim River Perak


5. Masjid Al-Hidayah
    Bandar Behrang 2020, 35900 Tanjong Malim Perak


SLIM RIVER
1. Masjid Kampung Balun
    Kampung Balun, 35820 Slim River Perak


2. Masjid Kampung Kuala Slim
    Kampung Kuala Slim, 35820 Slim River Perak


3. Masjid Kampung Pasir 
    Slim Village, 35800 Slim River Perak


4. Masjid Jamek Slim Village
    Slim Village, 35800 Slim River Perak


5. Masjid Sultan Idris Shah II
    35800 Slim River Perak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...