IKLAN

Sunday, 24 August 2014

Tempat-tempat Bersejarah di Negeri Perak



Bangunan Suluh Budiman
Bangunan Suluh Budiman adalah sebuah bangunan yang terdapat di dalam Kampus Universiti Sultan Idris (UPSI).Bangunan ini merupakan bangunan yang tertua di Tanjong Malim dan ia merupakan lambang dan kebanggaan bagi UPSI.
Bangunan Suluh Budiman telah didirikan ketika UPSI yang dahulunya dikenali sebagai Sultan Idris Training Centre (SITC) ditubuhkan.Kini bangunan ini telah dibaik pulih dan diselengara dengan sebaiknya oleh pihak UPSI.
 
Kampung Kubu
 

Kampung Kubu merupakan perkampungan asal dan yang tertua di Tanjong Malim.
 
Kawasan Perang Dunia Ke-2 Slim Village
 
 
Papan tanda yang menyatakan dan menunjukkan " Kawasan Sejarah Perang Dunia Ke-2" yang terdapat di Slim Village. Di kawasan ini pada 7 Januari 1942, tentera Jepun telah mengalahkan tentera British (Division ke-11 tentera India dan Brigade Ke-12 & 28) dengan kehilangan nyawa tentera dan kelengkapan yang banyak".
 
Jambatan Sg. Slim
 
 
Jambatan Sg. Slim yang cuba di bom oleh tentera British bagi menghalang kemasukan tentera Jepun tetapi tidak roboh. Kesan peluru dan bom masih boleh dilihat pada jambatan ini.
 
Rumah Za'ba
 
 
Rumah Za'Ba juga merupakan sebuah bangunan bersejarah atau rumah lama yang terdapat didalam Kampus Sultan Abdul Jalil Shah , UPSI. Rumah ini yang dahulunya dihuni oleh salah seorang daripada mereka yang membawa kemerdekaan kepada Negara Malaysia iaitu Pendita Za'Ba. Rumah Za'Ba ini juga telah mengalami sedikit pengubahsuaian dan penambahbaikan kerana keadaan asalnya yang telah rosak dan usang.
 

Saturday, 26 July 2014

SENARAI HOSPITAL & PUSAT KESIHATAN DI SLIM RIVER

 HOSPITAL SLIM RIVER
 35800 Slim River
 Perak Darul Ridzuan.
 Tel : 05-4526333,
 05-4526467
 Fax: 05-4526697


 KLINIK KESIHATAN TANJONG MALIM, 
 35900 Tanjong Malim. 
 Tel: 05-4596333

 POLIKLINIK KOMUNITI SLIM RIVER,
35800 Slim River,
 Tel: 05-4527679

 KLINIK DESA JALAN KELOYONG
Tanjong Malim,
35900 Batang Padang .
Tel : 05-4596441

 KLINIK DESA KAMPUNG
Slim River,
35800 Slim River.
 Tel : 05-4526640

 KLINIK DESA KAMPUNG JAYA
Kuala Slim, Slim River.
35800 Batang Padang 

 KLINIK DESA KAMPUNG 
KELAWAR
Tanjong Malim
Batang Padang 

 KLINIK DESA KG PASIR
Slim River
Batang Padang 
Tel : 05-4526640

 KLINIK DESA RASAU
Slim River,
35600 Batang Padang 
 Tel : 05-4528011

 KLINIK DESA SLIM VILLAGE
Slim River,
35800 Batang Padang 
 Tel : 05-4528016

 KLINIK DESA (FELDA) SUNGAI BEHRANG
Tanjong Malim,
35900 Batang Padang 
Tel : 05-4543771

 KLINIK DESA TROLAK PEKAN
35800 Slim River

 KLINIK LPPKN
 No. 20, Taman Bunga Raya
 35900 Tanjong Malim,
 Perak.
 Tel: 05-4590082

Saturday, 28 June 2014

Muzium Pendidikan Negara UPSI



Pernahkah anda berpengalaman melihat guru memegang kapur dan mengajar di hadapan menggunakan papan hitam? Jika anda belum, atau merupakan generasi moden terkini, ayuh la semua ke Muzium Pendidikan Nasional yang dapat mendidik anda bagaimana pembelajaran dilakukan di zaman – zaman sebelum kelahiran kita. 
 
Bangunan Suluh Budiman yang menempatkan Muzium Pendidikan Nasional pada hari ini.
 
Terletak di dalam perkarangan ruangan kampus lama Universiti Pendidikan Sultan Idris( atau secara rasminya dikenali sebagai Kampus Sultan Abdul Jalil Shah) lokasi ini tidak jauh daripada pengangkutan awam seperti KTM Tanjung Malim di jalan Ketoyong dan Stesen Bas di Pekan Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
 
Peta KTM ke Muzium Pendidikan Nasional di UPSI.
 


KTM Tanjung Malim.

 
Pintu Utama UPSI kampus lama.
 
 
 
SEJARAH RINGKAS
Digelarkan sebagai muzium SITC di tahun 1950an, Muzium tersebut hanya menjadi muzium kecil untuk menyimpan khazanah-khazanah berkaitan Pendidikan di SITC serta budaya masyarakan Tanjong Malim. Di Ogos 1986, Kementerian Pendidikan bersetuju terhadap saranan untuk menubuhkan secara rasmi Muzium Pendidikan Nasional. Perubahan terhadap muzium ini telah berlangsungan dari era Muzium SITC, Muzium Pendidikan MPSI dan Muzium Pendidikan IPSI.
 
Dinaik tarafkan oleh pihak kementerian Pendidikan, pihak Kementerian yang lain serta pihak UPSI pada 26 Mac 1999, kepada Muzium Pendidikan Nasional, beberapa bangunan dipilih untuk dijadikan sebagai Muzium Pendidikan Nasional. Terdapat beberapa bangunan yang telah dijadikan sebagai Aset Muzium Pendidikan Nasional.
 
APA YANG ADA DI SINI
 
FASA PERTAMA

Di fasa pembangunan awal muzium ini, Konsep Pameran & Interaktif Maya diaplikasikan melalui pameran bahan yang tetap di samping juga pameran berjangka (Seasonal Display/ Display only for a short time period). Bangunan Suluh Budiman digunakan sebagai ruang pameran utama. Sudut Timur ruangan legar Bangunan Suluh Budiman pula dijadikan sebagai tempat tayangan interaktif maya.
Ruang tayangan Interaktif Maya
 
Peralatan perubatan zaman dahulu

 Alatan sukan zaman dahulu



suasana kelas zaman ayah2 kita..siap ada bakul tak tahan tuhh....

Meja za'ba


Basikal yang dinaaiki oleh guru-guru zaman penjajahan

Papan hitam era penjajahan


FASA KEDUA
Di pembangunan fasa kedua muzium ini perlaksanaan konsep Muzium Interaktif Nyata (Living Muzium) dijalankan. Konsep ini akan melaksanakan penggunaan nilai-nilai intelektual dan persekitaran Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam usaha membina alam pendidikan di muzium hidup ini mengikut dimensi waktu. Aktiviti bermusim serta Muzium Interaktif Nyata (Living Muzium) yang dijadikan pameran tetap akan dimasukan dalam kalender Tahunan Universiti untuk dipromosikan.

Pameran-pameran bermusim yang pernah berlangsung
 
 
 Pameran Payung Negara

 
 
 
 AKTIVITI  LEPASAN



INFO LANJUTAN
Kemasukan ke Muzium Pendidikan Nasional adalah percuma, dah waktu pembukaan adalah dari 9pagi hingga ke 4petang, Isnin sampai Sabtu. Muzium Pendidikan Nasional (MPN) akan ditutup pada hari Ahad, cuti umum dan cuti perayaan. Jika ingin mengadakan lawatan secara berkumpulan dari sekolah, IPTA, IPTS, sector awam mahupun swasta, jangan segan untuk menghubungi pejabat muzium di talian yang dinyatakan bagi menyenangkan pengurusan di kedua-dua pihak. 

05-4506680 / 05-4506667 / 05-4506665 / 05-4506676.

National Museum of Education,
Sultan Idris University of Education,
35900 Tanjung Malim, 
Perak, Malaysia. 
Fax: +605-4598261 






Saturday, 24 May 2014

Tasik Embayu Proton - Tasik Buatan Manusia Terindah
























Tasek Embayu Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang terkenal di Tanjong Malim. Taman Tasik Embayu terletak di kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini. Taman Tasik Embayu terletak di lokasi Bandar Proton. Ia merupakan tasik buatan dan dilengkapi dengan perbagai kemudahan yang moden dan terkini untuk kemudahan rekreasi pengunjung. Ditaman tasik ini juga telah disediakan pelbagai kemudahan rekreasi untuk kemudahan semua golongan .Disini juga terdapat kedai-kedai makan, runcit, klinik dan lain-lain lagi. Pelbagai aktiviti juga telah diadakan disini seperti pertandingan "Futsall",Paint Ball" dan "Eco Challenge" yang telah menarik minat masyarakat sekitarnya.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI TASIK EMBAYU PROTON

  • Terdapat tempat rekreasi yang luas dan selesa.
  • Keindahan flora dan fauna dapat dirasai di tasik.
  • Permandangan yang indah serta hampir dengan bukit-bukau yang menhijau.
KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DI TASIK EMBAYU PROTON
Berminat?? Kunjungilah ke Tasik Embayu Proton City untuk menikmati keindahan tasik buatan manusia ini sambil bersenam di tapak rekreasi yang disediakan disini atau untuk maklumat lanjut, layarilah laman sesawang PROTON CITY.
                                                                                           Masjid Di Proton City

Monday, 21 April 2014

Go Cart dan Akademi Memanah di Tanjong Malim Kini Dibuka Jom Beramai-ramai!!!


Kini ada satu tarikan terbaru ke Tanjong Malim, terutamanya kepada peminat-peminat go cart dan memanah. Kelab Go Cart dan Akademi Memanah Tanjong Malim telah dibuka, bertempat di Kg Ketoyong, mudah kata berhadapan dengan Stesen Komuter/Keretapi Tanjong Malim.
Pendaftaran dibuka sekarang. Individu RM80 manakala untuk keluarga seramai 5 orang pula RM180.

Tujuan utama kami singgah sebab MHD dan QM beriya-iya nak main go-cart. Sekali bila nak reg rupanya go-cart hanya terbuka untuk mereka yang berusia 10 tahun ke atas. Hehehehehe..... terus ada yang terluka hatinya kerna masih belum cukup umur.

Tapi kalau kowtim ok kot..... umur muda tapi saiz badan dah machiam budak besaq ok agaknya. Next time ambo mahu choba nasib, untung sabut merasalah bebudak tu memandu go-cart.

Nak suruh memanah takut belum ada daya nak tarik..... sudahnya yang bawah 10 tahun terpaksa main benda ni.....
Ini adalah percuma, melompatlah sampai semput tak ada yang melarang.

Mak dan bapak budak boleh lepak-lepak makan goreng pisang sambil perhatikan anak-anak yang bermain trampoline.

Lepak-lepak sambil pekena pisang goreng pun layan juga!!!

Pada yang berusia atas 10 tahun, bolehlah layan corner.....



Ambo memang teringin nak choba tapi karang ada yang jaki. Next time kena tinggalkan budak kenit berdua kat rumah kalau datang sini.

Apa lagi geng..... jom kita layan corner!!!!

Roger & out.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...